THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 30, 2011

Hari Terakhir November 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Apa khabar semua??hope sihatla di samping kuarga n insan tercinta k..ermm, lame gak xupdate blog ni :)..tp nak update citepun, xde cite yg best untuk dikongsi hehe...

Haa..mlm ni akan diadakan Malam Anugerah Gemilang KKS yang akan diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat..temanya nostalgia tp smart casual.camno tu eh??than for the sweet invitation letter. dah rasa mcm org zaman2 dulu bercinta lak...haha..siap letak bedak n pic bibir lg tu...korang ada??hehe..nnt saya share pic ckit2la surat cinta2 ek...tp malam ni pakai biase jela, xdela nak bershopping2 nak beli tu n ni semata2 untuk dinner ni. so to save cost, i'll wear what i have la...yang penting tetap ayu n sopan..haha....

Ni surat daripada 'secret admirer' yang ajak dating kat Hotel Katerina malam ni...xingat nak rotate..cori :p


Latest of me...taken at Felda Chini 3, Pahang by Samsung Galaxy S2( cousinnyer k :p)

Haa..rasanya xterlewatla untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah..arini dah 4 Muharram..semoga saya menjadi insan yang lebih baik drpd tahun sebelumnya..semoga keluarga dan kawan- kawan saya sentiasa dilindungi Allah dari segala kejahatan dan hasad dengki sesama manusia, semoga keluarga n kawan- kawan saya sentiasa berada dalam keadaan sihat n murah rezeki dan akhir sekali semoga saya berpeluang bertemu jodoh saya tahun ni dan memberi kesempatan pada diri saya untuk menjadi tulang rusuk seorang insan kaum Adam...Ya Allah, Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk hambaMu ini...

Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda membenam ego Sang Garuda SEA Games 2011

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua?? tengok xgame bolasepak final Malaysia lwn Indonesia?? anda berpuas hati xngan game tu?? harusla ye kan?? sangat- sangat puas hati...dari sepak mula sampai habis game, saya ngan housemate saya duk depan TV tau..selama ni housemate ni jarangla amik port nak tgk game bola sepak, xmcm saya yg hantu bola sepak Malaysia ni..hehe.. tp malam2 dia yg bersemangat n xleh duk diam..haha sangat menghiburkanla...

Tiap kali team Harimau Muda dpt bola n serang sampai kat gawang, kitorg menjerit sekuat hati...banyak sangat peluang yg leh team kita dpt bolos team lawan..ermm xnak sebut byk kali sape team lawan2..wat sakit hati n perasaan jer (*_*).. tapi kitorg sangat yakin emas akan dibawa ke Malaysia..memang team kita berjuang demi negara dengan berhabis- habisan walaupun banyak tekanan dari segi mental, emosi dan fizikal yang terpaksa diorg tempuh..tp sebagai team yang profesional, diorg tunjukkan pada semua yg ada di stadium n yg menonton di rumah2, siapa Sang Harimau yang sebenarnya....don't play play!!!!

Skuad Harimau Muda....u are the heroes!!!


Kami sentiasa bersamamu(*_*)

Tahniah wira negara...

Malam ni team Harimau Muda kite akan berentap dengan Syria untuk kelayakan Sukan Olimpik. harap- harap semua berjalan lancar. walaupun penat Sukan SEA belum habis lagi, tapi semoga team kita kuatkan semangat dan mendapat sokongan padu daripada jutaan rakyat Malaysia yang sentiasa sokong anda walau apapun yang terjadi...GO Harimau Muda, All The Best!! Insya'allah.....

Thursday, November 17, 2011

Khamis datang Lagi

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia....


Semalam hari berlalu macam biasa..diri ini semakin tenang berdepan dengan dugaan yang Kau berikan dalam kehidupan setiap insan..dugaan bagi setiap daripada ada yang sama dan ada yang berbeza..perbanyakkanlah berdoa agar dipermudahkan segala urusan di dunia bagi mendapat ketengan di akhirat kelak..semoga tabah dan bersemangat bderdepn dengan hari yang mendatang dan kian mencabar ini...

Petang ni jangan lupa ye semua..kita tgk Sea game bolasepak Harimau Malaya mengaum di stadium menyerang Sang Garuda...semoga dipermudahkan semua dan rezeki kemangan berpihak kepada kita, Malaysia...amin..

Okla...sambung wat keje..jot down kat blog ni sebab mata dah ngantuk sangat..hehe....bila la nak hbs repair assession number n class number ni...adooiiaiiii....

Tuesday, November 15, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum semua...


Arini semuanya berjalan dengan lancar bagi kehidupan insan yang kerdil di sisi Allah s.w.t ni...Alhamdulillah diberi kesempatan hari ini untuk melihat dunia dan kekuasaan Yang Maha Esa sekali lagi..Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, perjalanan yang dilindungi olehMu dan dugaan- dugaan yang Kau berikan bagi menguji hambaMu ini..

Alhamdulillah, sijil dan result exam Induksi dah diterima dan LULUS...dengan keizinan dariMu Ya Allah, diri ini telah dipermurah dan dipermudahkan rezeki dalam pekerjaan ini. Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah...

Monday, November 14, 2011

Salam Isnin

Assalamualaikum...

Hai semua...apa khabar??hopefully sihat2 la ye...arini masuk keje setelah seminggu bercuti yang xcuti sangatla (*_*)..Semalam saya diuji lagi. Namun saya redha dengan ujian ini. Allah sentiasa melindungi hambaNya..Bertalu2 dugaan yang menimpa diri ini. Apapun, saya hanya berdoa yang terbaik daripada Allah s.w.t..Apa yang berlaku ni adalah ketentuanNya, bukan ketentuan bomoh2 atau yang sekutu dengannya..

Kenapa dalam zaman yang serba moden ni, orang masih percayakan kuasa lain selain dari kekuasaan Allah s.w.t?? Ingatlah, xkan ke mana kita ni kalau kita sibuk mempercayai golongan- golongan seperti ini dalam merubah nasib ataupun kehidupan seseorang tu. Sejahil- jahil manusia, mereka masih waras berfikir tiada yang lagi berkuasa selain Allah Yang Maha Kuasa..Dia yang menghendaki segala yang berlaku ke atas hambaNya. Namun, setinggi- tinggi ilmu agama seseorang itu, iman mereka masih goyah dek percayakan kekuasaan selain Allah (contohnya BOMOH, DUKUN dan seangkatannya)..Yang bagi rezeki kat kite ni Allah atau bomoh?? So, fikir-fikirla sewaras mungkin dengan apa yang kita persoalkan selama ni.

Semoga segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Kalau kita berada di pihak yang benar, Allah sentiasa akan melindungi kita. Percaya dan Yakinla dengan kekuasaan Allah s.w.t...

Sama- samalah kite bermuhasabah diri bagi memperbetulkan kekurangan dan meningkatkan kelebihan yang ada pada diri kita sendiri sebelum kita menilai seseorang yang lain. Sesungguhnya, apabila seseorang itu mulai menilai diri kita, ia akan merungkai lebih banyak kelemahan. Dan ketika itu, usahlah kita menuding jari kepada mereka, tetapi pada diri kita sendiri...

Saturday, November 12, 2011

Salam Sabtu

Assalamualaikum cik blog/ diary....

Hurmmm apa kabar sume? hope sihat2 la hendaknya dan berbahagia bersama2 yang tersayang k..dah lama xupdate blog ni..nak kata busy xdela sangat. cuma xtau nak tulis apa n nak share apa yg seronok..cuti kat kampung sempena Hari Raya Haji ni mmg seronok sbb dpt berkmpl ngan family2..tp ada gak yg  xseronok sbb dihujani dengan pelbagai dugaan dan ujian bagi insan ini. Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan untuk berdepan dengan ujian yang Kau berikan kepadaku. Kau berikanlah kami petunjuk dengan apa yang berlaku, aku tahu Kau sentiasa melindungi hambaMu yang benar. Hindarkanla diriku dan kelurgaku dari sebarang unsur- unsur jahat dan hasad dengki manusia. Sesungguhnya, Kau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala yang berlaku ini Ya Allah....

Arini saya akan bertolak balik ke lokasi tempat saya mencari rezeki. Semoga perjalanan ini dilindungi olehMu Ya Allah....walaupun ada yang berdoa aku ditimpa sesuatu yang tidak baik bagi perjalananku, tapi aku yakin dengan lindungan dariMu Ya Allah.....Kau lindungilah mereka yang memandang serong denganku selama ini....Aku redha dengan ujian ini kerana Kau akan meguji hambaMu dengan kemampuan mereka...

Ya Allah, Selamatkanla diriku dan keluargaku...Amin

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum sume..

Ermm, saya baru sampai Klate setelah hampir 14 jam driving..jalan sangat jem, dr Bentong sampai Gua Musang..penat sangat, bygkanla selama ni kalau drive dr Subang ke Kelantan just amik masa 8 jam, time ni tmbhndekat 4jam...fuhhhh, sakit pinggang ni. tp Alhamdulillah selamat sampai. Saya berkonvoi dengan Along n family n akak ipar dia sefamili which mean 3 keta berkonvoi.tapi sampai Gombak jela..hehe...then saya n 2org adik teruskan perjalanan kami...Along n akak ipar dia bwk anak- anak, so byk kali kn brenti2..kami gerak dr umah dalam kul 7 lebih (pagi). selamat sampai di kampung pada jam 9 malam...huhu...kecapek an....

Latest of Amzar..sweet child

Pak Su n Aunty Fifi bergambar dengan anak- anak sedara kesayangan


Esok Hari Raya Haji, saya dah apply cuti 4hari untuk beraya kat kampung.. jangan jeles, cuti banyak ni..hehe...Maybe Tok Mek, nenek akan wat majlis korban esok.esok mesti meriah kat umah Tok Mek..rindu nak jmpa sedara mara n lepak2 ngan diorg :)

Okla...penat sangat rasa badan ni...nak kena rehat secukupnya. penat berganda dr Deepavali, Sambutan kat kolej n driving balik kempung ni....nnt kita jumpa lg k...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...Takecare muah muah

Friday, November 4, 2011

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? hope sihat- sihat sokmola hendaknya...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada Jumaat yang mulia ni..sorila dah lama xmengupdate blog ni...bkn ape, busy sangat2 ngan Sambutan 10 tahun KKS ni..busy cari pendapatan sampingan di samping tolong bagi makan pd kengkawan2 yang memerlukan makanan..hehe...pada hari sambutan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam, saya n the gang Admin iaitu K.Nurul n Ayu sepakat untuk membuka gerai jualan sekaligus menyertai pertandingan keusahawanan..ermm, saya handle jualan air panas n sejuk n roti gulung hasil air tangan diri sendiri k...hehe...K.Nurul n Ayu lak handle makanan berat seperti Soto, Nasi Goreng, Mee Goreng dll...Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami sepanjang hari sambutan berlangsung, jualan kami amat memberangsangkan..roti gulung sayapun laris hehe...

Ni bahan- bahan yang nak dibuat roti gulung..bersengkang mata 3 malam nak siapkan..pagi esoknye goreng

Taadaaa...ni roti yang sedia untuk digoreng dan dijual..Alhamdulillah laris :)

Sepanjang hari kejadian, rasanya gerai kami yang paling meriah dengan kunjungan staf- staf, pelajar- pelajar n orang luar yang support jualan kami ni...xsia- sia bersengkang mata, tdo kul 1 n bangun kul seawal 4.30 pagi untuk menggoreng roti ni..Alhamduliiah...Kutipan kami sebelum modal ditolak adalah RM 1077..okla, asalkan target nak cecah seribu ringgit2 tercapai n balik modal kan??Haa..pada 2 hb, saya mengambil peluang untuk menderma darah. ni adalah kali ke 3 saya menderma darah..Alhamdulillah, Allah bagi peluang pd saya untuk menyumbang kepada yang memerlukan...Amin

Arini ari Jumaat, kami dapat pelepasan utnuk bekerja separuh hari...tp seawal kul 10 dah leh balik pd yang xda kerjala...so kn siapkan kerja dulu..tengahari ni sebelum g Shah Alam, kena g basuh kereta yang dah bertukar kale2..mcm masuk kat ladang getah je...hehe...Esok saya akan berkonvoi dengan Along n family untuk balik ke kampung kami di Kelantan sempena cuti Raya Haji..saya mohon cuti 4 hari, nak berehat setelah beberapa minggu kepenatan...erm,nnt gambar n info terbaru, saya akan bgtau k....chow dulu,takecare..muah muah