Assalamualaikum w.b.t...
Terasa akan ada perubahan besar dalam idup kami di tempat kerja..Pengarah kami akan bertukar ke Kuala Terengganu..semua rasa berat hati nak lepaskan pengarah yang baik hati yang kami dah anggap mcm abah, ayah, walid, abi, papa n daddy kami ni..kehilangan dia amat bermakna pada kami kerana pertukaran beliau ni berlaku dengan tibe2..kami tau, beliaupun sedih dengan perpisahan yang tidak direlakan ni. sebab kami dah mcm 1keluarga...ape2pun kami tempuhi sama2, amik keputusanpun sama2 berbincang..bagi saya, beliau adalah pengarah yang terbaik...xkan ada pengganti beliau dalam hati kami ni, sebab kami saling menghormati dan menyayangi antara 1 sama lain..beliau sangat lembut hati tapi bukan bermkana seseorg tu boleh pijak kepala beliau k...
Mantan pengarah kesayangan kami, En. Rohaimi dan bakal Pengarah Baru, En. Nordin
Suasana di restoren Arshad...hampir2 banjir tp kitorg cool je..haha
Kejap lagi ada Majlis Bersama Jabatan..jamuan perpisahan akan diadakan..walaupun berat hati, kami terpaksa lepaskan beliau demi kerjaya beliau dan keluarga..Cik Mi, kami doakan cik Mi sentiasa sihat dan berjaya sokmo...jangan lupakan kami di sini dan kenangan yang kita semua harungi bersama2: Team Building Tekam, Majlis Sambutan 10 Tahun KKS dan lain- lain....Sy mohon maaf seandainya ada tingkah laku sy yang membuatkan cik Mi terasa di sepanjang saya di bwh jagaan cik Mi..Jangan lupakan kami ye cik Mi...Insya'allah, nnt raya ke, cuti2 ke, sy n kwn2 g umah cik Mi dehhh (*_*)...
Suasana penuh hiba...berat hati nak lepaskan pengarah kami yang umpama ayah kami...we gonna miss u Cik Mi...
Majlis diadakan dengan penuh hiba dan sebak...sy menangis dr awal majlis sampaila waktu di mana mantan pengarah kami berucap...ingat lagi kata2 dia: Izinkan saya pergi...saya bukan hilang tp saya selalu berada di dalam hati anda semua....sayu hati ni dengar kata2 ni...umpamakan seorang ayah nak pergi tinggalkan anak2 dia....Cik Mi, all the best to you...pergimu tiada galang gantinya...
Sesudah hbs je majlis, masing2 beredar memandangkan hari tu hari Jumaat..so rehat panjang ckitla...ape lg, kuarla berhibur ngan K.Dayah dalm waktu ujan2 n hampir2 banjir ni...tp kali ni xseteruk banjir masa Raya Cina bulan 2 aritu...
Ni adalah gambaran di Sungai Segamat ye..
(1)(2)
Okeyla..esok hari sabtu...plan weekend + christmas ni adalah nak berjimba kat Melaka...hooraayyyy...sambil bercuti, hbskan duit yang 'banyak' ni n nak release tension...serabut kat kepala ni...ok..c u
0 comments:
Post a Comment